Hello, I'm Wong Chia Zhen
Wakil Rakyat @ Kedah Darul Aman
Pengerusi
Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Kedah
Ketua Pemuda
Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Timbalan Ketua Pemuda II
Perikatan Nasional
YB Wong Chia Zhen (黄佳祯)berumur 38 tahun dan merupakan seorang ahli politik yang baru sahaja bergiat aktif dalam arena politik. Walaupun sudah dekat 10 tahun menjadi ahli dalam Parti Gerakan Rakyat Malaysia, tahun 2018 beliau dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda parti tersebut, dan 3 tahun kemudian ditugaskan sebagai Pemangku Ketua Pemuda pada tahun 2021. Jawatan sekarang yang disandang oleh YB Wong di parti ialah Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan di Negeri Kedah dan Ketua Pemuda.
YB Wong merupakan seorang anak jati Kedah yang berlahir dan menetap di Serdang, Bandar Baharu. Beliau mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengurusan Teknologi (Dengan Kepujian) di Universiti Utara Malaysia, Sintok. Kemudian beliau bekerja sebagai Pegawai Sumber Manusia di sebuah syarikat bernama Entegris yang terletak di Kulim High-Tech park. Beliau meneruskan kerjaya di Fuji Electric 3 tahun kemudian, sebelum menjawat sebagai ahli majlis di Majlis Perbandaran Kulim HiTech Park.
Pendedahan sosial dan politik YB Wong bermula semasa beliau seorang mahasiswa di UUM. Selain belajar, beliau bergiat aktif dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kor Sukarelawan Polis (SUKSIS). Beliau sedar bahawa politik selain daripada punca kuasa dan pengagihan sumber kepada rakyat, dasar-dasar yang akan melibatkan kehidupan seharian masyarakat juga berpunca daripada politik. Ketika itu, Tan Sri Koh Tsu Koon, seorang veteran Gerakan yang menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang memperlihatkan cara berpolitik yang sederhana dan inklusif. YB Wong tertarik dengan pencapaian pembangunan dan pentadbiran yang dibawa oleh Tan Sri, yang berasaskan syarat tadbir urus yang tinggi.
YB Wong ditempatkan untuk bertanding di kawasan DUN Kulim pada PRN ke-15 sekitar bulan Ogos 2023. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan undi sejumlah 23,278 yang mengalahkan calon PKR Teh Lean Ong. Majoriti yang diperolehi adalah sebanyak 7,742 undi. Kerusi ini satu-satunya kerusi dimenangi oleh parti berbanding dengan keseluruhan 37 kerusi yang diwakili calon parti GERAKAN dalam PRN.
Susulan itu, YB Wong dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Kedah oleh Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang memegang portfolio Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO.
黄佳祯,38岁,是一位新晋马来西亚政治领袖。他加入马来西亚民政运动-民政党(PartiGerakan Rakyat Malaysia)至今已近10年。在2018年,他被任命为该党全国青年团副总团长,并在3年后的2021年被委任为代总团长。目前,他也担任民政党吉大州联委会主席,全国青年团总团长,国盟青年团署理团长等要职。
黄佳祯是出生并居住于马来西亚吉打州-吉南西岭。他毕业于马来西亚北方大学(UniversitiUtara Malaysia)并考获技术管理学士学位(优等荣誉)。随后,他在居林高科技业园区的一家公司担任人力资源执行员,并在三年后加入了富士电机之后也被委任为居林高科技业园市议员。
黄佳祯在北方大学时期开始接触了社会运动及政治。求学时期,他也积极参与学生代表运动和警察志愿者团。从那时候起,他意识到政治不仅涉及权力和解决人民问题,还涉及到大家日常生活。当时,他也受到民政党前全国主席,也是前槟城首席部长丹斯里许子根博士中庸施政风格又具包容性深而开始对政治充满兴趣。
黄佳祯也在今年代表国盟民政党上阵居林州议席并成功以23,278票的多数击败了代表希盟-公政党的阿旺,以7,742多数票中选为居林州议员。他也是该党37位候选人唯一一位赢下州议席的代表。 随后,他也获得吉打州务大臣拿督斯里莫哈末沙努西推荐受委为州内唯一一位非穆斯林行政议员,掌管人力资源、华裔、印裔及暹罗裔事务与非政府组织事
PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT DUN KULIM
YB WONG CHIA ZHEN
63, LORONG KENARI 1/1,
KOTA KENARI 09000, KULIM, KEDAH
Email: kulim@wongchaizhen.com
Tel: 04 491 0860
- Pegawai Khas Ustaz Iskandar Shah
@ 013 966 2622 https://wa.me/60139662622
- Pembantu Pusat Puan Keyla
@ 019 288 8843 https://wa.me/60192888843