NOV 2024
Persidangan Perwakilan Nasional ke-56 pada 16-17 November 2024 telah menjadi platform penting untuk membincangkan isu-isu utama dan memperkukuhkan hubungan antara perwakilan dari seluruh negara. Delegasi dari negeri Kedah turut mengambil bahagian secara aktif dalam pembahasan, menyuarakan pandangan dan menyumbang idea demi kebaikan party.
Selain itu, saudara-saudari dari negeri Kedah juga mengambil peluang untuk berinteraksi dan menjalin hubungan erat dengan saudara-saudari dari pelbagai negeri, memperkukuh semangat perpaduan serta memperluas rangkaian kerjasama.