Bantuan Pendidikan (iBAKIPT) 大专入学辅助金

Bantuan pendidikan ini disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah. Tempoh proses dan kelulusan bergantung kepada pihak berkenaan. Melayari laman web https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt/ untuk membuat permohonan. 

Skim Agihan Awal IPT 

Skim Agihan Awal IPT merupakan bantuan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara. Melayari laman web https://ipt.zakatkedah.com.my/iptonline/iptonline_main2.wp?subid=2707 untuk membuat permohonan.

Tabung Tunku Mahmud 东姑马末基金

Tabung ini bertujuan membantu anak-anak Negeri Kedah yang memerlukan kewangan bagi tujuan pendidikan. Kelulusan dan jumlah yang diberikan mengikut kepada tahap keperluan yang dinyatakan. Keutamaan diberikan kepada yang betul-betul memerlukan. Melayari laman web https://tabungtunkumahmud.kedah.gov.my/ untuk membuat permohonan. 

Bantuan Khairat Kematian (iKAFALAH) 死亡抚恤金

Bantuan khairat kematian atau iKAFALAH ini merupakan satu skim bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Sila sediakan dokumen -dokumen berikut: 1) salinan kad pengenalan waris yang memohon 2) Salinan sijil kematian

Program Permataku Sejahtera “我的挚爱计划”

Program Permataku Sejahtera Kerajaan Negeri Kedah menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM200 kepada setiap bayi yang dilahirkan di Negeri Kedah bermula Mac 2024 melalui akaun Simpan SSPN Prime Borang Permohonan

i. Anak mestilah dilahirkan di Negeri Kedah (Mulai 1hb. Mac 2024)
ii. Ibu atau Bapa mestilah rakyat Negeri Kedah dan berstatus Warganegara
iii. Bermastautin di Negeri Kedah melebihi 10 Tahun (Perlu Pengesahan Penghulu / MKK)
iv. Pendapatan Ahli Isi Rumah di bawah RM4,000 sebulan
v. Permohonan mestilah dilakukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelahiran

Isikan Borang Permohonan. Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan ke Pejabat DUN / Penyelaras DUN di tempat pemohon tinggal

Beras Sejahtera 和谐之米

Program Beras Sejahtera diagih kepada rakyat miskin di kawasan DUN masing-masing di Negeri Kedah setiap bulan bersama pek barangan keperluan harian yang bernilai RM 50. Kepada sesiapa yang memerlukan bantuan ini, sila daftar di Pusat Khidmat Wakil Rakyat masing masing. Bagi Warga Kulim- boleh membuat permohonan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim terletak di Kota Kenari.